Desatulip.blogdrive.com





salam.. penulisan ni sebenarnya sebagai landasan saya untuk berkongsi hasil- hasil karya karyawan melayu khasnya..sekadar untuk me"promote" hasil intelektual pemikir sastera kita yang banyak berkorban masa dan tenaga.. blog ni sekadar perkongsian karya sahaja..sesiapa yang karyanya tersiar mohon untuk tidak mengambil sebarang tindakan kerana ia hanyalah proses untuk berkongsi karya yang bagus bukan bermaksud untuk plagiat atau peniruan..sekian

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

lambai desa mengamitku datang!!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Nov 3, 2008
Bicara yang telah tiada-Nisah Haron

Bicara yang Telah Tiada
(setelah menziarahi teratak Almarhum J.M. Aziz)

Hamparan malam di Seberang Takir
sulaman manik-manik cahaya terpamer
melukis sempadan pantai dan air
tak mampu mentafsir
tanah dan angin yang membungkus jiwa penyair.

Saat meninggalkan laman terataknya
yang kekal adalah bicaranya
tertampal pada dinding atma
tanpa jasad hatinya terus bersuara
laut dan karang itu hidupnya
'Pengantin Laut' itu puisinya.

Siapa cakna pada bicara yang telah tiada
aksara puisinya mati suara
anak-anak hari esok mungkin alpa
pada sepotong nama
dia yang
pernah bahagia dalam derita
bersama gembira dan air mata.

Nisah Haji Haron
Seberang Takir - KLIA
MH 1339
24 Mei 2008.


Posted at 06:21 am by desatulip
Make a comment  

Dr.Zurinah Hassan(Kuali Hitam)

 

ingin ku kongsikan sajak kegemaranku..

penulis idola ku..Dr. Zurinah Hassan

 

Kuali Hitam

 

Suatu hari ibu ke rumahku

Dengan kerajinannya yang biasa

Memasak untuk kami sekeluarga

Cucu-cucunya ternyata amat berselera

Dan ibu merasa terlalu bahagia.

 

Dan sesudah itu

Dengan cara yang dia tahu

Mengemas dan merapikan dapurku

Dan seperti yang biasa dibuat

Pada kualinya di kampung

Dia menyental kualiku yang mahal

Dengan berus yang kesat

Dan spontan aku menjerit

''Ibu merosakkan kuali saya, tahukah ibu berapa harganya?''

 

Dan kini setelah ibu kembali kepada Ilahi

Aku menyesali keterlanjuran

Kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu

Dengan harga sebiji kuali…

 

(ZURINAH HASSAN)

 

 


Posted at 06:06 am by desatulip
Make a comment